Tuesday, July 22, 2008

Anak special ku

This is my anak sulung - NAZIM, still comel, walau dah dekat suku abad usianya kini. Walaupun dikatakan "cacat", dari banyak segi dia banyak mengajar ku bahawa kita yang sempurna ini yang sebenarnya cacat. Kehadiran Nazim dan anak-anak lain sepertinya sesungguhnya menyedarkan kita mengenai pinjaman masa yang dikurnia Tuhan kepada kita dalam bentuk USIA kita. Adakah hari-hari kita dimanfaatkan dengan sebaik mungkin? Adakah kita membuat orang lain gembira? Sudahkah kita melemparkan senyuman untuk menceriakan hari sesorang hari ini? Sudahkah kita memberi pujian kepada sesiapa atas usahanya yang baik? Adakah kita lebih baik hari ini, berbanding semalam?